DUGAAN SEBELUM PERGI
POSTED ON Friday 11 November 2016 AT Friday, November 11, 2016 \\


Next week selasa(15/11) aku akan gerak ChiangMai dengan kakak aku, tiket dah beli awal tahun lepas lagi. tapi kiteorang plan tanpa minta pengetahuan abah pada mulanya. tapi mak tau. lepastu sejak sebulan lepas kak ngah dah ingatkan aku untuk bagi tau abah pasal trip ni. Tapi aku ni jenis tahut and tak berapa rapat dengan abah. So aku tangguh-tangguhkan untuk beritahu abah pasal trip ni sampai la ke dua minggu lepas. 

haritu abah cuti, aku gigihkan diri bangun pagi pastu aku tengok abah tengah breakfast. aku pun buat buat la dok sebelah nak breakfast sekali. lama jugak la aku ambik masa nak beranikan diri nak cakap dengan abah. bila keberanian tu dah datang aku pun mula la bagi tau abah dari A-Z. pastu abah cakap " buat apa pegi sana(nada marah)?" " ahh tak payah tak payah. cakap kak ngah tak payah pegi(marah lagi)". mak oi! sedihnya hati ni pagi pagi dah kene tengking. haha abah aku memang garang. aku pun terdiam la kat tepi tu. taktau nak cakap apa dah. 

lepas makan aku terus masuk bilik aku cakap kat kak ngah yang abah tak bagi pegi. so kak ngah pun bangun la nak try pujuk abah pulak. kak ngah dengan abah ni macam anjing dengan kucing. kak ngah jenis melawan. so dia tak takut nak cakap dengan abah. so dia pun pegi la jumpa abah pujuk lagi. tapi kali ni kak ngah pujuk lembut je. abah tak bagi tapi kak ngah buat muka kesian la, suara kesian la. terus abah cakap "ha pegi la! pegi! jangan mintak abah duit pun" "simpan duit pegi umrah kan bagus. baru 5 ke 6 ribu je. cukup makan minum hotel apa semua" kak ngah nak je cakap 'kiteorang pegi ni tak sampai dua ribu pun abah' tapi boleh cakap dalam hati jelah sebab kalau kak ngah melawan memang abah tak bagi la cerita dia. ahahaha. 

bila dah dapat greenlight maka mulalah persiapan kiteorang untuk beli barang dan tukar duit Thailand ni. kak ngah minggu lepas dia dah tukar duit sebab dia dah ade duit kat tangan. aku kene keluarkan duit dari tabung haji. sebab duit yang dalam akaun sekarang untuk spare kat sana nanti incase tak cukup duit. 

hari isnin minggu ni aku punya lah gigih pergi bank islam sebab nak keluarkan duit. dah sampai kaunter sekali abang tu cakap aku tak boleh keluarkan duit sebab kat buku tu still guna ic mak. so mak je yang boleh keluarkan duit tu. aku pergi bank masa tu dah petang so terpaksa la pergi hari lain dengan mak. minggu ni aku busy dengan driving class dan mak busy ulang alik hospital. 

so hari ni jumaat baru ade masa nak pegi bank. dalam pukul 12 tadi kiteorang gigih la gi bank nak keluarkan duit. lepastu abang tu cakap mak tak boleh keluarkan sebab dalam buku tu PAKAI IC ABAH DAN BUKANNYA MAK. Ya Allah sakitnya hati. aku pun tak check awal awal. aku tak terfikir pun nak check no ic kat situ. okfine. aku pun berjanji la dengan abah nak jumpa kat bank islam lepas solat jumaat untuk keluarkan duit. bila nak scan IC abah guna biometric device tu pulak orang tu cakap IC abah rosak. cip rosak tak boleh read. Allahu. dugaan apa lagi ni. orang tu cakap kene tukar IC baru atau pun try kat bank rakyat sebelah ni. mungkin kat bank rakyat boleh. ataupun pegi tabung haji terus. 

keluar je bank islam tu aku ingat abah nak pergi bank rakyat tapi tidak. abah cakap "alah kalau kat bank islam tak boleh bank rakyat pun sama jela tu" Allahu. macam mana ni? hari ni dah jumaat. isnin ni beli barang lagi. nak tukar duit lagi. nak pack barang lagi. banyaknya dugaan dari awal perancangan. pastu abah cakap tadi hari isnin la pegi tabung haji. sekarang dah petang. jalan jammed. susahnya bila buat rancangan dari awal tanpa pengetahuan abah. sekarang abah bagi pergi pun macam tak ikhlas. hmm. balasan kot? haha. takpelah harap harap masa dah sampai sana nanti tak ada masalah yang jadi. insyaAllah. Amin. doakan aku ya!