The end
POSTED ON Monday, 25 May 2015 AT Monday, May 25, 2015 \\
*maafkan muka selenga tu. sedang cuba buat ekspresi muka macam gambar cover buku tu. kawan kawan aku cakap muka kami sama. Erm.*

Tamat sudah kerjaya aku sebagai part timer di kedai fixi. 

Kerja di kedai buku bagi aku satu pengalaman yang cukup berbeza dengan bekeje di kedai makan. Kedai fixi adalah satu tempat yang dari dulu jadi tempat impian aku untuk bekeja lepas habis SPM. Mula mula ingat nak keje di I AM LEJEN SHOP. Tapi bile fikir transport susah. Aku batal kan niat. Lepastu aku dapat tau fixi nak bukak kedai kat Jaya terus aku cuba nasib untuk apply keje. Dan Alhamdulillah aku dapat. Walaupun cuma sebulan setengah je aku berkhidmat di kedai fixi, aku tetap gembira sebab aku antara pekerja pertama yang berkhidmat di kedai fixi sejak kedai tu bukak. 

Sebenarnya aku tak kisah pun kerja di I AM LEJEN SHOP atau kedai fixi. Yang penting aku bekeje di kedai yang ada jual buku fixi. haha.

Selama sebulan setengah aku bekhidmat kat kedai fixi ni, macam macam pengalaman yang aku dapat. Pengalaman bekeje di kedai buku. Susun buku. amek gambar customer yang datang. diberi peluang pegang akaun instagram kedai fixi. post gambar gambar kat instagram. Lepas tu aku kena key in nama, no ic dan no voucher bagi customer yang pakai voucher. banyak wei. lagi lagi voucher time pesta buku pun kiteorang yang kena key in kan voucher tu. lebih 2000 voucher la jugak en. 

Semalam aku mula tanggalkan apron fixi atau lebih tepat uniform keje aku buat selama lamanya. aku dah berhenti keje. sebab minggu depan aku akan mula sambung belajar. rasa macam tak percaya je aku dah berhenti keje. rasa macam tak sanggup je nak tinggal kan semuanya. kerusi simen tempat aku karoke sambil bersila. aku. cashier tempat aku lepak dan breakfast setiap pagi atau tengok drama yang aku terlepas. lepas ni aku datang ke kedai fixi tu bukan lagi sebagai seorang pekeje. tapi seorang pelanggan. 

terakhir, aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak kat encik amir muhammad sebab bagi aku peluang bekeje di kedai buku impian aku, kedai fixi. abang razi yang banyak beri tunjuk ajar kat aku, tolong aku letakkan buku kat rak yang paling atas (sebab aku pendek..Erm..) dan abang razi jugak banyak tolong aku pasal persiapan aku nak masuk belajar ni. semua bende aku tanya dia. sebab dia pun student UiTM. padahal boleh je tanya abang aku. tapi sebab aku tak rapat dengan abang aku. so aku tanya abang razi je. dia pun dah macam abang pada aku. helmy kawan sekeje yang jugak banyak tolong aku buat keje. abang abang fixi yang lain (yang aku kenal abang iqbal dengan abang adam je) . terima kasih untuk pengalaman dan memori yang sangat berharga ni. 

ya aku akan rindu semuanya. apron aku. dinding batu bata . rak fixi a.k.a photobooth kedai fixi . dinding 10 best seller. kerusi karoke aku. stor. cashier. rak buku. buku fixi ofcourse. pintu kedai fixi. akaun instagram kedai fixi. Erm.  

sampai ketemu lagi.