selamat tinggal
POSTED ON Sunday, 31 May 2015 AT Sunday, May 31, 2015 \\

untuk pertama kalinya kita berpisah. group wechat yang mula mula ditubuhkan untuk kutuk salah sorang budak dalam gambar tu. bukan plan aku nak tubuhkan group wechat tu. itu semua plan sorang hamba Allah ni. asalnya group ni kiteorang nama kan 'fabulous' lepastu amy tukar kepada 'febuluz' lepas tu tiba tiba negara kita dilanda dengan krisis harga kangkung murah. haha. so kiteorang pun dok kutuk kutuk dan tukar nama group tu kepada kangkungzz. haha. so sampai sekarang la nama tu kekal. dulu ada lebih 20 orang dalam group tu. tapi makin lama makin ramai yang leave group. yang kekal cuma lah enam orang. lepas tu kiteorang add lagi sorang dalam group tu which is nurul. 

kiteorang rapat since form 2 kot dulu. kecuali qila sebab dia kelas jauh. lepas tu dari satu meja penuh sampai ada yang makan berdiri time rehat tinggal lah kita bertujuh. sejak dari tu kita rehat sesama. lepak kat bustop sambil ngutuk orang sesama. duduk sesama time perhimpunan. pegi toilet sesama. apa kita buat pun mesti bersama. kita masing masing tak pernah lupa kan each other. 

tapi sekarang kita dah habis spm weyh. kita dah takleh lepak hari hari macam dulu. kita dah takleh jumpa selalu macam dulu. sebab lepas ni kita semua akan berpisah. safi ke johor, aku dan amy kat shah alam, naza dengan mimi ke negeri 9. qila ke UIA. dan nurul kat picoms. kan best kita semua satu Uni pastu kita semua hosmet. hahaha. tak dapat bayangkan.

aku nak korang belajar rajin rajin kat sana tau. nanti kita boleh berjaya sama sama. hehe. dan jangan lupa untuk sebut nama aku dulu kat rumet dan hosmet korang. lepas tu baru cakap pasal kangkungzz. huhu. cite kat dorang pasal kangkungzz sampai dorang fed up dan taknak kawan dengan korang dah. haha. good luck in setadis gais. dan satu lagi. walau apa pun yang jadi satu hari nanti, promise korang takkan leave group kangkungzz tu tau. aku sayang korang sangat sangat. muahciked !