kawan baru
POSTED ON Monday, 17 November 2014 AT Monday, November 17, 2014 \\


kawan baru. aku ade kawan baru. bukan kawan tapi kawan kawan. maksudnya ade banyak. faz kawan aku. dah lama kenal. lepas tu baru baru nie sejak aku rajin ke library setadi untuk YESPIYEMM nie aku dapat kenal dengan kawan kawan baru. dorang tu semua kawan kawan faz. pastu bile dah hari hari jumpa jadi lah rapat. mula mula aku rapat dengan rafik. seorang yang kuat melatah. seronok kawan dengan dia. dia boleh buat aku gelak bile aku rase down sebab dengar dia melatah. lepas tu aku mula kenal haidhir, nadzmi atau yang aku selalu dengar dorang panggil dia palat, rafiz, shahril, awek shahril yang aku tak tau nama dia, pastu ade lagi sorang pompuan tu pun aku tak tau nama dia, and ade lagi sorang aku tak tau nama betul dia tapi haidhir selalu panggil dia telur. hahah. jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak penah tanya. 

haidhir dengan rafik ni sebenarnya aku dah kenal lama. sebab faz penah tunjuk aku video rafik melatah kat keek haidhir. sejak tu aku rase nak sangat jumpa si rafik nie and kenal dengan dia. dan akhirnya aku dapat pun jumpa dorang. bukan setakat dapat kenal tapi dah jadi kawan pun. rafik nie baik sangat sampai dia penah offer nak hantar aku balik mase first time kiteorang jumpa. tapi aku tolak la. gila aku nak naik kete dengan dia ? dah la ade family dia pulak tu. aku bukan nak sombong. tapi aku nie depan kawan kawan je nampak mulut bising, kecoh tapi bile depan parents kawan aku jadi pendiam. malu. segan. aku mana penah naik kete kawan lelaki aku dengan family dia sekali. 

sekali je aku penah naik kete kawan lelaki aku. itu pun dia yang drive. so kiteorang dua je dalam kete. kawan aku tu paan. mase tu kiteornag baru balik dari latihan pusat kat kd10. mase tu aku takde transport balik so aku mintak dia tolong hantar kan sampai OU. itu pun takde sapa tau. kalau kete kawan aku yang pompuan aku boleh la naik. at least takde la rase awkward sangat. huhu. 

so aku harap persahabatan kita akan kekal la. walaupun lepas yespiyem nie mungkin kite tak jumpa dah. tapi kite tetap boleh contact kan ? anytime anyday kalau korang nak makan sate kedai aku datang je. contact je aku cakap nak datang makan. tapi make sure bagi tau awal awal la. takut aku ade hal ke. dah start keje ke. and aku harap takde antara korang yang jadi pembelot dalam persahabatan kite. inshaa Allah.


nie la kawan kawan baru aku. dari kiri nadzmie, shahril, rafiz dan depan tu haidhir. rafik takde. tak datang library lak dia hari ni. takpe esok kalau dia datang library aku masukkan gambar dia pulak. dan sempat jugak aku berpolaroid dengan mereka nie. 


dari kiri - Telur, Haidhir, Rafiz and shahril.



muka shahril nampak separuh je. sorry la.



opps tak nampak lak rafiz dengan shahril. heheh. sorry.


and last aku dengan Haidhir. ye aku pendek dan haidhir sangat tinggi.

okay fine haidhir baru je whastsapp. nama betul telur ialah fitri. awek shahril sabrina. dan pompuan lagi sorang tu nama dia rahaya. ye tengs haidhir. hahaha. 

okay hari ni 18/11/2014 last edit post ni just nak masukkan gambar rafik je. hehe. 


kbye.