Kepuasan..
POSTED ON Monday 15 September 2014 AT Monday, September 15, 2014 \\
aku suka mengembara. ramai kawan kawan aku tanya aku tak takut keluar sorang sorang,, pegi jauh jauh pulak tu,, jawapan aku - Tak. sebab satu hari nanti kau akan jauh dengan family kau jugak,, belajar jauh ke,, keje jauh ke,, dan mase tu kau kene berdikari,, apa kau nak buat,, mana kau nak pegi,, kau nak naik apa,, kau nak makan ape etc.. dan ade yang tanya mak dengan abah aku tak marah ke aku selalu keluar,, kadang kadang tu mak dengan abah aku tak bagi jugak,, tapi selalu nya aku akan pujuk jugak atau alasan apa apa supaya dorang bagi aku keluar jugak,,

sebenarnya abah aku tak penah tau mana aku pegi,, kalau aku keluar,, keluar dengan sapa,, balik pukul berapa,, pegi mana,, duit ada ke tak,, sebab bagi aku abah aku tu kadang kadang takboleh nak bawak borak,, orang belom cakap apa lagi dah bising,, selalunya aku cuma akan bagi tau mak aku je mane aku nak pegi,, dengan sapa aku nak keluar,, duit belanja pun aku mintak mak je,, ok stop cite pasal mak abah,,

berbalik pada topik,, kepuasan. aku suka pegi jenjalan,, keluar sana sini,, tapi aku nie bukan la jenis suka merayau keluar malam semua tu,, aku cume keluar bile cuti sekolah dengan weekend je,, kalau keluar pun aku prefer keluar sensorang daripada keluar dengan kawan kawan or kakak aku,, seba kalau keluar dengan kawan aku akan terikat dengan masa dan aktiviti,, buat nya kawan tu jenis masuk satu kedai nak beli baju sampai setengah jam last last beli sehelai je baju,, pastu dah bazir masa kat situ,, kalau aku keluar sorang,, setengah jam tu aku dah habes kan satu game bowling dah,, main arcade ke,, ape ape jela,, kalau keluar dengan kakak aku pulak kiteorang selalu gaduh bile nak pilih tempat makan,, dia yang bawak aku keluar dia la decide nak makan mana,, nie tanya aku pulak,, bile aku cakap tak kesah dia marah aku pulak,, pastu aku dah malas nak layan aku diam kan aje,,

dan aku selesa tak berhenfon bile keluar,, sebab takde la setiap setengah jam ade yang call (selalunya mak la) tanya pukul berapa nak balik,, bukan aku tak hargai,, aku tau mak risau tapi tak perlu la nak call setiap masa tanya macam macam,, aku cuma perlukan camera je bile keluar sebab aku suka amek gambar,, tapi sejak ipod hilang nie aku dah kurang amek gambar,, hmm,, abah ade bagi aku handphone sebab abah bengang aku asyik gune fon abah je,, heheh,, abah bagi fon china je,, takpelah,, kesah apa aku,, yang penting aku boleh bukak instagram,, dengan bergambar dan berjalan nie je aku dapat release stress aku,, hmm,,

aku bukan nya jenis yang kalau stress makan tido,, kalau stress aku akan keluar dari rumah,, pegi la kemana pun,, walaupun amcorp yang dekat tu,, asalkan bukan duduk dalam rumah,, dan aku sangat ah berbesar hati kalau ade yang nak teman aku lepak kalau aku tengah perlukan kawan lepak,, aku pernah pegi shah alam mase pesta buku hari tu sensorang,, pegi naik ktm,, balik naik bas pastu naik lrt,, pastu setiap awal bulan aku akan pegi kl sentral untuk bayar ptptn kakak aku,, kalau rajin aku akan ke mid valley jap,, walaupun sekadar untuk makan kat sana,, atau main kat arcade je,,pegi time square sensorang (yang nie takde sapa tau,, so sape yang bace blog aku nie korang la antara yang terawal tau ),, pegi istana budaya pun sensorang,, balik dari pahang naik bas sampai pekeliling sensorang dengan bawak teddy bear besar,, pegi jalan TAR sensorang,, semua aku dah penah,,

korang cakap jela pengangkutan awam ape yang ade kat Malaysia nie,, semua aku dah naik,, cuma pi jenjalan keluar negara sensorang je belom pernah lagi,, aku buat semua nie demi kepuasan aku sendiri,, setiap kali aku keluar jenjalan,, aku akan rase puas walaupun aku cuma jenjalan tanpa beli pape,, kalau dah bosan sangat aku pegi jela masuk AEON main kat bahagian toys,, main la ape ape ke,, tengok model model kereta ke,, asalkan aku puas,,

ye aku dah malas nak guna panggilan Yatt tu,, so kita balik pada zaman doluuu -doluu di zaman aku guna 'kau-aku'