Kucing Jalanan
POSTED ON Thursday 24 July 2014 AT Thursday, July 24, 2014 \\
Aku toleh ke kiri dan ke kanan berulang kali. Hmmm... macam mana nak lintas ini? Banyaknya kereta! Laju pula tu! Takutnya aku. aku dimana ini ? Aku rasa seperti hendak menangis waktu itu. Tiba-tiba aku merasakan badan aku diangkat keudara oleh seseorang. Aku lihat wajah manusia tersebut. Perempuan. Cantik dan manis! Dia nampak baik.

"Comelnya awak, kucing. Mana rumah awak? Kenapa awak ada di sini? Bahaya tau tak main kat tepi jalan ini. Kalau kena langgar dengan kereta macam mana? Kesian mama dengan adik beradik awak nanti. Jom lah kita bawa awak balik rumah kita. Mulai hari ini awak tinggal dengan kita." kata perempuan tadi. Baiknya hati dia nak jaga aku. Tapi nanti aku akan rindu mama dan adik beradik aku yang lain. 'Mama, saya pegi ikut kakak ni tau. saya tak tau jalan balik tapi nasib baik kakak ini jumpa saya tepi jalan. Kakak ini janji nak jaga saya. saya harap mama tak sedih ya' rintih aku dalam
hati.

Sampai sahaja di rumah perempuan tadi aku diletakkan ke dalam sebuah sangkar yang sederhana besar untuk memuatkan badan aku yang masih kecil ini. Aku diberi makan dan minum. Terima kasih kakak sebab bagi saya makan.

"Mulai hari ini awak panggil kita Kak Ngah ya." Kak Ngah memperkenalkan aku pada semua ahli keluarganya. ada Mak, kak Ati, Along, abang Is, abang Matni dan Babah. Aku diberi nama Ai. Rata-rata aku diterima oleh keluarga ini. Tapi tidak Babah iaitu ayahnya kak Ngah. Dia tak suka aku dibawa ke rumah ini. Katanya aku ini menyusahkan. Sedihnya aku mendengar kata-kata Babah tu. Rasa seperti hendak lari sahaja ke tempat lain. Tapi nasib ada kak Ati yang memujuk aku bila Babah cakap macam tu pada aku. Kata kak Ati aku tak perlu risau sebab kalau Babah tak mahu jaga aku biar mereka yang lain sahaja yang jaga aku. Sejuk hati aku mendengar.

Sudah hampir 2 bulan aku tinggal di rumah keluarga kak Ngah ini. Mereka melayan aku dengan baik. Babah pun sudah semakin boleh menerima aku dalam rumah ini. Aku dibenarkan bermain didalam dan diluar rumah. Di rumah ini aku mempunyai kawan yang lain. Ada Mama Gedik, Putih, Grey, Jibby, Jimmy, Jelly dan Panjang. Pada waktu malamnya aku dibawa tidur di dalam bilik. Hari ini aku tidur bilik Mak dengan Babah. Esok aku tidur di bilik kak Ngah dengan kak Ati, begitulah hari seterusnya. Kadang-kadang aku bebas memilih dengan siapa aku hendak tidur.

Sekarang aku sudah berumur 11 bulan. Mama Gedik beranak lagi. Semua orang main dengan anak Mama Gedik sahaja. Aku sudah dilupakan. Aku sering dimarah kerana mengacau mereka sedang berehat. Sebelum ini mereka tidak pernah marah. Apatah lagi melenting pada aku. Lagi-lagi kak Ngah tu. Dulu dia yang beriya-iya mahu menjaga aku. Tapi sekarang dia lebih banyak menghabiskan masa dengan anak Mama Gedik. Di saat semua sibuk dengan anak Mama Gedik yang baru hanya kak Ati yang melayan aku dan bermain dengan aku. kak Ati cakap biarlah orang lain tak nak kawan dengan aku lagi. kak Ati akan jaga aku. Biarlah kami kawan berdua sahaja. Ini pun dan menggembirakan hati aku.

Aku cuba membuat aksi comel dan manja untuk mencari perhatian mereka. Kadang-kadang aku dilayan. Kadang-kadang aku dipulaukan. Hanya kak Ati yang melayan aku. Aku kencing merata-rata untuk menunjukkan protes. Aku dimarahi kerana salah aku. Bukan aku sengaja. aku sudah tidak dibenarkan masuk ke mana mana bilik lagi. Satu hari aku teman kak Ati bersahur. Selepas itu aku teman dia tidur dia bilik. Tiba-tiba aku terasa hendak kencing. Pintu bilik bertutup rapat.. jadi aku kecing di atas lantai bilik. kak Ngah memarahi aku kerana kencing merata-rata. mak mendapat tahu lalu memarahi aku lagi.
           
Keesokkan paginya mak bawa aku naik kereta ke sesuatu tempat tanpa pengetahuan sesiapa pun. Aku fikir mak sengaja membawa aku bersiar-siar menaiki kereta kerana aku sering dibawa menaiki kereta bersama kak Ati dengan kak Ngah. Tiba di suatu tempat aku dicampak keluar dari kereta. Aku bingung. Kenapa mak campak aku disini? Dimana aku? Tiada yang aku kenal di sini. Aku menangis sendirian di tempat aku dicampak. kak Ati? Mana kak Ati? Ai nak kak Ati. Siapa yang nak jaga Ai di sini? kak Ati dah janji nak jaga Ai kan? Pilu hati aku mengenang nasib yang menimpa aku. kenapa aku diperlakukan sebegini?

Kak Ati, jaga diri elok elok ya. Walaupun kita terpisah jauh tapi Ai tau Ai akan tetap di hati kak Ati dan kak Ati akan selalu berada di hati Ai. Ai akan belajar hidup berdikari di luar ni. Kak Ati jangan risau kan Ai ya. Biarlah Ai disini asalkan mereka semua gembira dengan anak Mama gedik yang baru tu. Ai cuma nak kak Ati doakan Ai dekat luar ni sihat selalu. Ai tau kak Ati sedih bilA dapat tau Ai hilang dari rumah. Atau mungkin kak Ati dan yang lain-lain tak kisah pun kalau Ai hilang dari rumah. Tak apa lah. Semoga kak ati akan jumpa pengganti Ai suatu hari nanti. Semoga kita berjumpa di akhirat kelak. Ai sayang kak ati! Terima kasih kerana jaga Ai selama ini.