untuk awak sahaja
POSTED ON Monday, 17 October 2011 AT Monday, October 17, 2011 \\
Kemanisan wajah kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali miliknya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpun tidak diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kamu.. Bukan semua orang anggup menitiskan air mata hanya untuk kamu. Tidakkah kamu terharu melihat si dia yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan kasihnya begitu kuat buatmu. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap si dia seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika si dia menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja Ada juga orang yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila si dia berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan orang yang dia sayang melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah si dia. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. sekiranya si dia sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “awak masih sayang saya?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu direbut oleh orang lain...kerna dia tidak suke kamu di ambil orang lain... Dia berusaha mengongkong kebebasan kamu kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kamu kerana dia sentiasa berasa curiga. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kamu tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan orang lain yang tidak ada urusan penting dengannya. Kalau ditinggalkan oleh kamu, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan katakata orang lain namun dia sentiasa mengharap kamu kembali kepadanya.Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan orang terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kamu namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus menyayangi kamu.Dia tidak suka ada orang lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH si dia dan terimalah dia seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali menyayangi seseorang yang bergelar 'KAMU'...










#hot: jiwang jap
#hott: puisi untuk zue sahaja...